Aku dahulu adalah seorang adik yang sangatlah nakal,kenakalan aku itu menyebabkan abang aku selalu menasihati aku agar jangan la nakal-nakal selalu,kerana jika kita nakal-nakal selalu,padah akan timpa kita.Lalu aku pun mendengar kata-katanya itu,dan pada tahun 1990 umur aku meningkat 14 tahun.Masa itu aku hanya disara oleh abang aku kerana ida adalah abang yang aku ada dalam hidup aku buat masa sekarang.Ibu bapa aku pula telah meninngal dunia semasa aku berumur 8 tahun.
Abang aku menjaga aku dengan penuh kasih sayang,walau pun aku ini seorang yang nakal.Pabila aku pergi kesekolah ataupun pulang kesekolah,dia akan menghantar aku atau mengambil aku dari sekolah.Amat sayang dia terhadap adiknya.Tetapi pada suatu hari,semasa dia tiada di rumah aku pula cuti sekolah,dia menyuruh aku mengemas rumah dan tolong apa yang patut.Semasa aku mengemas rumah,hati aku tergerak rasa nak pergi kedapur dan pergi membuat air.Apabila aku masuk kedapur, aku terlihat ubat-ubatan yang banyak di atas alamari,dengan tiba-tiba salah satu ubat yang berada di situ terjatuh kebawah.
Aku pun mengambilnya untuk meletak ke tempat asalnya,di saat aku ingin mengambil ubat tersebut,aku terbaca perkataan di ubat tersebut ialahh ubat barah otak.Pada masa itu aku tidak memikirkan apa-apa,lalu aku meletakkan balik ke tempat asalnya.Aku pun menyambung tugas aku untuk mengemas rumah,selepas aku mengemas rumah aku pergi lah kedapur untuk masak makan malam,iyelah aku terpaksa menjadi perempuan buat seketika waktu di dapur.Petang sudah menjelang,abang aku pun sudah pulang kerumah,pada masa itu aku terbaring di atas sofa dan melelapkan diri aku buat sementara,lalu abang aku mengejutkan aku dan menyuruh aku mandi dan hidangkan lauk yang di masak tadi.
Aku amat menyayangi abang aku kerana dia telah banyak berjasa dalam hidup aku dan banyak menolong aku sampai aku berjaya dalam pelbagai bidang yang aku ceburi.Pada tahun 1993 aku akan menjalani pepriksaan SPM dan aku mahu memberi keputusan yang bagus kepada abang aku.Setelah bertungkus lumus aku belajar demi masa depan aku dan abang aku.Aku juga berada di sekolah
aku dan membincangkan tentang peperiksaan SPM dengan rakan-rakan aku,tiba-tiba aku mendapat panggilan dari rakan abang aku mengatakan abang aku telah jatuh pengsan semasa sedang bekerja.Lalu aku meminta kebenaran untuk pulang dan melawat abang aku yang sakit.
Setibanya aku di hospital tersebut,aku terserempak dengan rakan abang aku dan rakan abang aku terus membawa aku pergi melawat abang aku.Apabila sampainya di dalam wad abang aku,aku melihat abang aku memandang ke arah aku sambil tersenyum.Aku pergi pada dia dan aku memeluk abang aku itu,dan bercerita lah tentang apa yang terjadi.Sambil-sambil aku bersembang dengan abang aku,abang aku menasihati aku supaya menjadi lah orang yang berguna suatu hari nanti,lulus dalam peperiksaan nanti dan dia memberitahu yang di sentiasa menyayangi aku buat selamanya kerana aku adalah seorang adik yang dia ada dalam dunia ini.Lalu sekian lama aku bersembang bersama abang aku,aku meminta untuk beredar tetapi abang aku memengang tangan aku dan berkata"KAU BELAJAR LAH PANDAI-PANDAI KALAU ABANG DAH TAK DA KAT SISI KAU,INGAT PESAN ABANG JADILAH ORANG YANG BERGUNA SATU HARI NANTI DAN ABANG SAYANG KAU SANGAT-SANGAT"di saat dia mengucapkan kata-kata itu,dia mengalirkan air matanya sekali.
Lalu aku pun memeluknya dan aku pun mengucapkan yang "SAYANG ABANG JUGAK".Pada keesokan harinya peperikasaan SPM aku bermula,peperiksaan aku berlangsung selama dua minggu setengah.Pada minggu tersebut aku terlalu sibuk dengan berlajar kerana abang aku menyuruh aku belajar dengan sungguh.Sampaikan keputusan yang aku dapat ialah 9A,bila aku lulus dalam peperiksaan SPM itu,aku terus pergi ke hospital ingin menemui abang aku.Tetapi tidak kesampaian hasrat aku untuk aku tunjuk keputusan aku,abang aku telah meninggal kan aku buat selamanya.Tetapi hasrat abang aku telah aku capai dan aku merasai abang aku mesti amat berbannga dengan pencapaian aku,tapi nak buat cam mana aku tidak akan sabut bersama abang aku.Kalau sebelum ini aku akan sambut bersama-sama abang aku,tapi sekarang semuanya hanya tinggal kenangan sahaja.Aku amat sedih dengan pemergiannya,kerana dia adalah abang yang aku paling sayang dekat dunia ini dan tiada siapa yang ada pengganti macam dia.