Tuesday, November 22, 2011

KISAH PEMUDA BERSAMA CITA-CITA


Kisah ni bermula apabila seorang sahabat yang ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang angkasawan satu hari nanti.Tetapi disebabkan beliau seorang yang kurang pandai,beliau tidak dapat menjadi seorang angkasawan,dan dia masih berharap agar satu hari nanti dia akan dapat mengejar cita-citanya itu.Beliau juga mempunyai fizikal yang cukup untuk menjadi seorang angkasawan,tetapi apa yang kurangnya terhadap beliau adalah kepandaian yang menghalang segala minat yang beliau inginkan..

     Pada suatu hari semasa beliau hendak keluar dari rumah beliau,beliau terlihat seorang pemuda melihat beliau dan pemuda itu duduk diatas kerusi roda sambil tersenyum seperti ingin mengatakan sesuatu terhadap beliau.Bila beliau hendak memanggil pemuda tersebut,pemuda tersebut pergi meninggalkan tempat itu dengan tidak menghiraukan beliau.Lalu tanpa memikirkan apa yang telah berlaku sesaat yang lalu,beliau pun pergi menaiki kereta beliau  untuk pergi bekerja sebagai penjaga kedai makanan.Selang beberapa hari kemudian,beliau terlihat sekali lagi pemuda tersebut berada di seberang tempat beliau bekerja dan melihat beliau dengan tersenyum.Beliau menjadi hairan,apakah yang hendak pemuda itu mahu diri beliau.Hampir satu malam beliau memikirkan tentang pemuda misteri itu,kadang-kadang beliau memikirkan tentang beliau hendak dibunuh oleh pemuda tersebut,tetapi pemuda tersebut hanya mampu duduk atas kerusi roda dan tidak mungkin mampu untuk melakukan pembunuhan terhadap beliau.Pada keesokan harinya disaat dia ingin keluar rumah untuk pergi bekerja,pemuda tersebut telah berada di hadapan rumah beliau dan berkata 'Selamat Sejahtera'.Beliau terkejut dan hampir-hampir mendapat serangan sakit jantung,lalu belaiu berkata kepada pemuda itu 'mengapa kau selalu ekori aku' lalu pemuda itu berkata 'aku mengekori kau sebab ada benda yang aku mahu berikan kepada kau dan aku mahu kau ikut aku ketempat di mana kau akan mencapai cita-cita kau nanti'.Lalu beliau merasa hairan sekali lagi,tapi tanpa memikirkan apa-apa beliau pergi mengekori pemuda tersebut pergi ketempat yang ingin di tuju.Apabila sampai di tempat tersebut,beliau melihat ada sebuah rumah mewah yang besar.Beliau sangat terkejut dan berkata kepada pemuda tersebut 'adakah ini rumah kau' lalu pemuda itu menjawab 'ye ini lah rumah aku'.Beliau masih lagi tertanya-tanya,apa yang hendak pemuda ini lakukan terhadap aku.Lalu beliau masuk ke rumah tersebut dan terus pergi ke bilik pemuda tersebut dan beliau amat terkejut pabila bilik yang beliau masuk itu bukan hanya bilik biasa,malah ianya bilik makmal yang penuh dengan barang eksperimen.Lalu pemuda itu menyuruh beliau duduk di atas kerusi itu dan menceritakan tentang hal yang sebenar yang berlaku,pemuda itu berkata kepada beliau yang pemuda itu hendak mencari seorang untuk pemuda yang sesuai untuk menjadi seorang angkasawan.Beliau amat gembira pabila mendapat tahu yang beliau akan menjadi angkasawan,tetapi beliau berkata kepada pemuda itu yang beliau bukan lah pandai dalam hal-hal sedemikian.Dahulu pemuda tersebut adalah seorang bekas angkasawan,dan jugak penah digelar Genius,tetapi semenjak pemuda itu terlibat dalam kemalangan,pemuda itu mendapat lumpuh di kedua-dua belah kakinya dan mendapat penyakit misteri.Pemuda itu juga tidak memberitahu dan membenarkan siapa-siapa tahu tentang kemalangan yang terjadi kepada pemuda itu.Dia mahu namanya terus ada dan selalu disebut masyarakat,sebab itu pemuda itu memilih beliau untuk menjadi angkasawan dan menyuruh beliau mengganti pemuda itu dan menggunakan edentiti pemuda itu buat selamanya.Pemuda itu amatlah berharap pada beliau untuk terima tawaran itu,kerana pemuda itu tidak mampu melakukannya lagi menjadi angkasawan.Lalu beliau menerima tawaran tersebut dan menukar kesemua genetik didalam badan beliau menjadi pemuda tersebut dan edentiti beliau akan di matikan serta merta.Pemuda itu telah menyediakan sampel-sampel untuk beliau menggunakannya.Sampel-sampel itu seperti air kencing,darahh atau helaian rambut.Pemuda ini juga mahu menolong beliau mencapai cita-cita beliau dengan penuh rasa gembira.Beliau juga dahulu seorang atlet lumba lari yang cemerlang,walaupun beliau tidak bijak dalam kebijaksanaan tetapi beliau bijak dalam bersukan.Pada tarikh 23 ogos 1990 akan berlangsungnya perlepasan untuk angkasawan-angkasawan baru bertolak pergi ke Bulan.Beliau juga telah membuat persedian rapi untuk pergi nanti dan amat berterima kasih kepada pemuda itu yang telah banyak membantu beliau selama ini,dan pemuda itu juga berterima kasih kepada beliau kerana sanggup menukar edentiti dan menyambung karier pemuda tersebut.Di saat tarikh ketibaan untuk pergi bertolak ke tempat perlepasan tersebut,pemuda itu memberi pakaian angkasawan pemuda itu kepada beliau dan berkata 'aku amat berbangga apabila kau telah digelar angkasawan sekarang dan aku amat berbangga kalau kau berada di luar sana,semoga kau gembira dengan apa yang telah kau buat selama ini' sambil mengeluarkan air mata.Beliau memeluk pemuda tersebut dan pergi meninggalkan pemuda itu.Semasa beliau telah menaiki pesawat berlepas tersebut,pemuda itu melihatnya di kaca tv dan tersenyum bangga terhadap beliau dan tidak sempat mahu melihat beliau berlepas,pemuda itu menjatuhkan kepalanya kebawah dan tidak bernafas buat selama-lamanya.Di saat beliau menyelut kan tanggan beliau kat poket dan mendapati ada sehelai kertas yang ditulis oleh pemuda itu , yang berkata 'senyum lah dikau dan bawa lah edentiti ini masuk kejiwa raga dikau dan capai la hasrat ku  ini buat selamanya'.Beliau amatlah sedih dan memejamkan mata beliau di saat pesawat itu berlepas dan beliau menggengam sehelai kertas tadi dengan erat sambil mengeluar air mata terima kasih kepada pemuda tersebut..

   

welcome to my empire state !! || Follow or Dashboard
Small Grey Outline Pointer