Thursday, June 7, 2012

SEGALANYA

Hari semakin hari aku rasa hidup aku dah tak bermakna dah,aku rasa sunyi sangat.Aku rasa macam aku ni dah tak di perlukan lagi,setiap perbuatan yang aku lakukan mesti akan ada bayangan yang terlintas dalam fikiran aku.Bayangan yang dah bagi aku gembira selama ini macam semakin pudar bayangnya.Aku nak macam dulu disaat aku tertawa gembira melihat telatah dia.Tolong kembalikan kegembiraan aku yang semakin hilang dalam diri aku ni.

Aku selalu memikirkan setiap apa yang berlaku pada dia,aku tidak mahu melihat dia sepi seperti aku ni.Hidup aku dengan dia amat jauh berbeza,aku cuma mahu dia bahagia itu sahaja.Aku buat apa yang termampu sahaja dalam hidup dia,aku tersenyum melihat wajah dia tetapi di sebaliknya aku menangis kerana aku tahu yang aku tidak akan lama bersama dia.Aku mahu dia sentiasa tertawa melihat senyuman aku,dan aku tidak mahu dia menangis apabila pemergian aku nanti.

Bila masa yang aku sudah tunggu akan smpai,aku harap segala yang aku berikan terhadap dia akan menjadi memori dalam ingatan dia buat selamnya.Aku hanya mampu melihat kau dari jauh sahaja dan sentiasa disisi kau disaat kau susah dan senang.Jadi lah orang baik,jadi orang yang berguna pada suatu hari nanti,aku mohon sangat terhadap kau.Kejar la cita-cita kau untuk masa depan kau.Mungkin aku tak disisi kau selamnya,tetapi hati aku tetap ada di samping kau.

Aku kucup dahi kau,aku peluk tubuh kau untuk aku curahkan segala apa yang aku ada untuk kau.Aku cuma ada kau sahaja didalam hati aku sekarang ni,aku harap kau sentiasa bahagia dan aku mahu kau buang segala kesedihan kau nanti bila aku sudah tiada nanti.Tangisan tidak boleh mengembalikan aku di samping kau nanti.
SENYUMAN AKU SENTIASA DI INGATAN KAU :)


welcome to my empire state !! || Follow or Dashboard
Small Grey Outline Pointer